Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

Lampu Lip Lap & Jalur Gemilang..

Hari ini aku & mr hubby ada mission penting..Mission ni kami dh plan berminggu-minggu yang lepas, baru hari ni boleh buat. Apakah mission itu???Pasang lampu lip lap dan pasang bendera Malaysia aka Jalur Gemilang hehe. Bukan ape, ini semua untuk sambut Ramadhan, merdeka dan raya yang akan menjelang nanti. Hehe 3 dalam 1 la ni. Lagipun saja nak memeriahkan keadaan.


Hubby tengah berusaha untuk memasang lampu lip lap...Go hubby go hehe..

Lepas habis pasang lampu lip lap, hubby pasang bendera plak. Hubby ikat kayu bendera tu pada tiang supaya bendera tu berkibar dengan bergayanya hehe.

Ni umah-umah jiran kami yang dah pasang jalur gemilang.

Mission selepas ini.......LAGU RAYA hehehe...



Bubye for now :)

Friday, August 20, 2010

Berbuka Puasa di Bora Asmara..

Hari Selasa lepas aku, hubby & family mertua berbuka puasa di luar, atas jemputan kawan ibu mertua ku. Kami dijemput berbuka di Bora Asmara (wah sedap betul nama die hehe). Adakah makanannya sesedap namanya??Jap lagi aku story...Restoran ni berdekatan dengan Kampung Penchala, KL. Kami bertolah dari UM, so tak jauhla sangat. Konsep restoran ni ala-ala Bali sket. Deko restoran ni memang cantik, luar dalam lah cantik.

Aku sampai on time dengan waktu berbuka. Bolehla sampai-sampai terus makan hehe. Sampai je trus aku cari nasi, biasala perut melayu hehe. Ha lupe plak, makanan kt sini disediakan secara bufet. Biasala bulan puasa, bufet ramadhan la. Makanla sebanyak mana yang larat hehe. Aku makan nasi dengan tomyam, daging goreng & siput lala. Itu baru permulaan hehe. Makanan die bagi aku memang sedap. Macam-macam lagi lah ada, daging bakar, bubur, laksa, mee goreng, kueh-mueh, buah. Kebanyakannya sedap-sedap belaka. Kembung perut aku makan.

Time makan pencuci mulut tu ada lah band datang nyanyi, diorang nyanyi betul-betul depan meja kami. Adalah 2-3 lagu diorang goreng hehe. Lepas nyanyi kat situ diorang pegi meja lain plak untuk nyanyi.

Lepas abis makan semua, kami pun bertolak balik. Enjoy buka puasa ni dengan makanan yang sedap hehe.


Tarikh: 17 Ogos 2010

Tempat: Bora Asmara, Kampung Penchala, KL



Bubye for now :)

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Pejam celik pejam celik dh nak masuk bulan puasa kan. Rasa macam baru je sambut raya tahun lepas. Macam baru je shopping raya, dh nk kena shopping lagi (lari sudah hubby i bila cakap camtu hehe). Tahun ni adalah tahun ke-2 aku n hubby berpuasa bersama. Kalau sebelum kahwin dulu, mak yang uruskan semua, berbuka mak masak, sahur mak masak. Aku duduk dan makan sahaja hehe (tp tolong jugak tau sket-sket). Yang bestnya, sahur pun mak kena kejutkan hehe. Kalau tak bangun jugak, memang kena jerit lah ngan mak. Ai kenangan-kenangan. Sekarang aku pulak yang kena kejutkan hubby bangun sahur, plan nak masak apa untuk sahur dan berbuka hehe. Apa-apa pun aku harap puasa kali ini akan lebih bermakna dan diberkati oleh-Nya..Amin.. Untuk kawan-kawan, saudara mara dan semua umat Islam diucapkan SALAM RAMADHAN.



Bubye for now :)
Related Posts with Thumbnails