Thursday, January 6, 2011

Jalan-Jalan & Cari Makan di Batu Feringgi

Assalamualaikum...hi semua..Lama betul aku tak layan blog ni. Bz apa ntahla hehe. Bersawang dh pun blog ni. Hmmm apa-apa pun aku nak ucapkan Happy New Year dulu la pada semua. Semoga tahun ni akan lebih gumbira hehehe.
Aku nak story apa hari ini ye..ha ada 1. Minggu lepas, hari Khamis 30 Dis 2010, aku & Mr hubby ku balik kampungku (yahoo dapat blik kampung hehe). Kami bertolak balik selepas subuh (tp plannya nak balik malam Rabu tu, lupa plak ada game bola Mal - Indon malam tu, jd kena posponed la ke pg Khamis plak). Tak kisahlah, asalkan boleh balik, kan. Kami sampai Penang dalam pukul 11 camtu la, sempatla singgah Bukit Gantang beli buah jambu hehe. Sampai umah ja, aku & hubby berehat kejap sementara menunggu aktiviti untuk malam tu. Kami plan nak gi Batu Feringgi Night Market.
So dalam kul 6 ptg cmtu, kami bertolak ke Batu Feringgi. Aku bawa mak, abah, adik & anak buah aku pun ikut skali. Sampai sana ja kami terus cari kedai makan. Biasala, dh time makan, perut pun dh lapo hehe. Dh nama Batu Feringgi, kedai ikan bakar la kami cari. Ikan fresh2 boleh pilih nak yang besar ke kecil. Kami order ikan bakar, ikan 3 rasa, kerang bakar, kailan. Puas hatilah semua dapat makan.

Ini gambar mak, abah & cucu sulungnya hehe..

Ambik gambar sket sebelum makan :)


Makanan dh terhidang untuk dimakan tp ikan bakar tak da lagi tu..

Makan-makan....

Lepas habis makan je kami terus jalan-jalan kat night market tu. Perut kenyang baru syok sket nak jalan, btul tak hehe. Macam-macam yang di jual kat pasar malam tu, ada yang jual beg (macam-macam brand ada,sebut saja nakbrand apa), baju, cenderahati, seluar, cd lagu & dvd pun ada tau (murah-murah lagi hehe). Adala jugak barang yang kami beli. Dalam pukul 10 camtu kami pun bertolak balik. Memang seronok :)


Bubye for now :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails