Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Jalan-Jalan & Cari Makan di Batu Feringgi

Assalamualaikum...hi semua..Lama betul aku tak layan blog ni. Bz apa ntahla hehe. Bersawang dh pun blog ni. Hmmm apa-apa pun aku nak ucapkan Happy New Year dulu la pada semua. Semoga tahun ni akan lebih gumbira hehehe.
Aku nak story apa hari ini ye..ha ada 1. Minggu lepas, hari Khamis 30 Dis 2010, aku & Mr hubby ku balik kampungku (yahoo dapat blik kampung hehe). Kami bertolak balik selepas subuh (tp plannya nak balik malam Rabu tu, lupa plak ada game bola Mal - Indon malam tu, jd kena posponed la ke pg Khamis plak). Tak kisahlah, asalkan boleh balik, kan. Kami sampai Penang dalam pukul 11 camtu la, sempatla singgah Bukit Gantang beli buah jambu hehe. Sampai umah ja, aku & hubby berehat kejap sementara menunggu aktiviti untuk malam tu. Kami plan nak gi Batu Feringgi Night Market.
So dalam kul 6 ptg cmtu, kami bertolak ke Batu Feringgi. Aku bawa mak, abah, adik & anak buah aku pun ikut skali. Sampai sana ja kami terus cari kedai makan. Biasala, dh time makan, perut pun dh lapo hehe. Dh nama Batu Feringgi, kedai ikan bakar la kami cari. Ikan fresh2 boleh pilih nak yang besar ke kecil. Kami order ikan bakar, ikan 3 rasa, kerang bakar, kailan. Puas hatilah semua dapat makan.

Ini gambar mak, abah & cucu sulungnya hehe..

Ambik gambar sket sebelum makan :)


Makanan dh terhidang untuk dimakan tp ikan bakar tak da lagi tu..

Makan-makan....

Lepas habis makan je kami terus jalan-jalan kat night market tu. Perut kenyang baru syok sket nak jalan, btul tak hehe. Macam-macam yang di jual kat pasar malam tu, ada yang jual beg (macam-macam brand ada,sebut saja nakbrand apa), baju, cenderahati, seluar, cd lagu & dvd pun ada tau (murah-murah lagi hehe). Adala jugak barang yang kami beli. Dalam pukul 10 camtu kami pun bertolak balik. Memang seronok :)


Bubye for now :)

Friday, August 20, 2010

Berbuka Puasa di Bora Asmara..

Hari Selasa lepas aku, hubby & family mertua berbuka puasa di luar, atas jemputan kawan ibu mertua ku. Kami dijemput berbuka di Bora Asmara (wah sedap betul nama die hehe). Adakah makanannya sesedap namanya??Jap lagi aku story...Restoran ni berdekatan dengan Kampung Penchala, KL. Kami bertolah dari UM, so tak jauhla sangat. Konsep restoran ni ala-ala Bali sket. Deko restoran ni memang cantik, luar dalam lah cantik.

Aku sampai on time dengan waktu berbuka. Bolehla sampai-sampai terus makan hehe. Sampai je trus aku cari nasi, biasala perut melayu hehe. Ha lupe plak, makanan kt sini disediakan secara bufet. Biasala bulan puasa, bufet ramadhan la. Makanla sebanyak mana yang larat hehe. Aku makan nasi dengan tomyam, daging goreng & siput lala. Itu baru permulaan hehe. Makanan die bagi aku memang sedap. Macam-macam lagi lah ada, daging bakar, bubur, laksa, mee goreng, kueh-mueh, buah. Kebanyakannya sedap-sedap belaka. Kembung perut aku makan.

Time makan pencuci mulut tu ada lah band datang nyanyi, diorang nyanyi betul-betul depan meja kami. Adalah 2-3 lagu diorang goreng hehe. Lepas nyanyi kat situ diorang pegi meja lain plak untuk nyanyi.

Lepas abis makan semua, kami pun bertolak balik. Enjoy buka puasa ni dengan makanan yang sedap hehe.


Tarikh: 17 Ogos 2010

Tempat: Bora Asmara, Kampung Penchala, KL



Bubye for now :)

Sunday, August 1, 2010

Makan Time..Kenny Rogers Roaster

Hari Sabtu lepas 31/7/2010, aku, hubby & family mertua ku keluar makan-makan. Sebelum tu, sepetang jugak lah memilih tempat makan. Last-last my hubby pilih Kenny Rogers Roaster di Jusco Bukit Tinggi, Klang. Semua dh setuju, then kami pun set jumpa family kat sana dalam 6.30 ptg camtu..Hehehe ini lah masanya...MAKAN TIME...nyum nyum...pilih-pilih apa nak makan hehe..


Hmmm apa nak makan ek, pilih punya pilih, aku rasa macam nk try menu ni lah, Jacket potato meal with cheesy chiken..Camni la rupa jacket potato nya..Sedap la jugak terutama cheess dia tu hehe..


My hubby plak pilih Kenny's chiken meal-black pepper (quarter meal), itu ja yang mampu dihabiskan hehe. Boleh pilih 3 side dishes & dapat 1 muffin...nyum nyum..



Dh selesai makan, mama (panggilan untuk ibu mertua ku hehe) order plak pencuci mulut yang memang yummy lah.. Nama dessertnya muffin submarine & fruit jelly delight. Dua-dua pun ada aiskrim, sebab tu la sedap hehe.. Sempat ambil gambar muffin submarine ja, fruit jelly tak sempat nk ambil gambar, kami dh abiskan hehe...

Cerita punya cerita ni, sebenarnya siapa yang belanja ni??Actually thanks to mama sebab belanja kami semua hehe. Lepas abis ja makan ingatkan nak balik umah terus, tiba-tiba hubby keluarkan idea yang agak best jugak..Hmmm apa dia ek??Nanti next post I sambung story lagi ye :)

Bubye for now...

Related Posts with Thumbnails