Saturday, January 29, 2011

Bercuti di Port Dickson...

Hujung minggu lepas aku n mr hubby berkesempatan bercuti-cuti sambil berkerja di PD. Sebenarnya gi PD tu atas sebab keja tp menyelam sambil minum air la hehe. Kami menginap di Hotel Corus Paradise selama 2 hari 1 malam. Best jugak sebab bilik kami mengadap laut. Tenang ja bila dapat tengok laut ni.


Ni la Corus Paradise Hotel, tempat kami menginap. Gambar ni diambil dari tepi laut.

Ha ni pula bilik kami, siap ada dua katil queen lagi hehe. Selesa juga la bilik ni.

Pemandangan laut dari bilik kami, cantik kan hehe.

Ni ada gambar lagi dari bilik kami. Banyaknya pokok kelapa hehe.

Petang ja kami terus turun ke pantai, nak turun awal-awal panas pulak hehe. Best btul bila dapat jalan-jalan kat tepi pantai dengan hubby. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa pulak tu. Hubby apa lagi, ambil gambar la kerjanya. Penat juga jalan-jalan tepi pantai ni walaupun sket je jalannya. Biasala bila dh perut makin besar ni, jalan sikit pun dh penat hehe. Tp nak jalan punya pasal, ku gagahkan jua haha.

Rehat-rehat sebentar selepas penat berjalan-jalan

Lepas habis 2 hari 1 malam, kali sambung lagi cuti-cuti di PD. Kebetulan family mertua pun gi bercuti di PD minggu tu. So apa lagi, kami gi bermalam kat tempat diarong plak hehe. Diorang tinggal di Tiara Beach Resort. Yang bestnya resort tu ialah die punya swimming pool. Dh macam water park dh, besar btul, siap ada gelungsor air lagi. Hubby la yang paling suka, dapat main air hehe. Tengokla aksi dia bila dapat main air :p

Tiara Beach Resort









Suka je bila dapat main air hehe.


Mmg hujung minggu yang agak penat tapi best :)


Bubye for now :)

Thursday, January 13, 2011

Mengesan Jantina Bayi Tanpa Ujian Ultrasound??

Hmm hari ni just nak share info tentang pregnancy dengan semua..


Dalam dunia perubatan, ujian ultrasound digunakan untuk mengesan jantina bayi yang dikandung ibunya.
Walaupun begitu cara-cara tradisional atau naluri seoranng ibu telah banyak terbukti tepat biarpun sekadar meneka buah hati yang dikandungnya.
Hasilnya memang tidak dijamin 100 peratus, tetapi ramai wanita hamil yang telah membuktikannya selama beratus-ratus tahun. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meneka jenis kelamin tersebut adalah:


1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.


2. Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.


3. Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.


4. Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.


5. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.


Memang belum ada bukti ilmiahnya, tapi dari pengalaman perempuan-perempuan hamil ciri-ciri tersebut terjadi ketika mereka mengandung anak lelaki atau perempuan.



Bubye for now :)

Sunday, January 9, 2011

Jusco Sale 2011!!!

Ada sale di Jusco sekarang, dari 8 Jan - 6 Feb 2011. Jom shopping ramai - ramai hehe.


More info :
http://www.jusco.com.my
http://www.facebook.com/aeon.my



Bubye for now :)

Saturday, January 8, 2011

My Talented Husband :)

Masih mencari photographer untuk hari bersejarah dalam hidup anda? cewah macam iklan pulak hehe..My hubby adalah salah seorang event photographer. Die ambik gambar untuk wedding, family, studio dan macam-macam lagi lah. Jadi jika ada yang berminat, bolehla tanya & tengok gambar-gambar die dah ambil di Facebook die, Fadhli Fadzil Theweddingphotogs.

Kat sini aku letak beberapa contoh gambar kahwin yang mr hubby dh ambil sebelum ni...So layanzz hehe.













OK kalau berminat, jangan lupa calling2 die :)


Bubye for now :)

Thursday, January 6, 2011

Jalan-Jalan & Cari Makan di Batu Feringgi

Assalamualaikum...hi semua..Lama betul aku tak layan blog ni. Bz apa ntahla hehe. Bersawang dh pun blog ni. Hmmm apa-apa pun aku nak ucapkan Happy New Year dulu la pada semua. Semoga tahun ni akan lebih gumbira hehehe.
Aku nak story apa hari ini ye..ha ada 1. Minggu lepas, hari Khamis 30 Dis 2010, aku & Mr hubby ku balik kampungku (yahoo dapat blik kampung hehe). Kami bertolak balik selepas subuh (tp plannya nak balik malam Rabu tu, lupa plak ada game bola Mal - Indon malam tu, jd kena posponed la ke pg Khamis plak). Tak kisahlah, asalkan boleh balik, kan. Kami sampai Penang dalam pukul 11 camtu la, sempatla singgah Bukit Gantang beli buah jambu hehe. Sampai umah ja, aku & hubby berehat kejap sementara menunggu aktiviti untuk malam tu. Kami plan nak gi Batu Feringgi Night Market.
So dalam kul 6 ptg cmtu, kami bertolak ke Batu Feringgi. Aku bawa mak, abah, adik & anak buah aku pun ikut skali. Sampai sana ja kami terus cari kedai makan. Biasala, dh time makan, perut pun dh lapo hehe. Dh nama Batu Feringgi, kedai ikan bakar la kami cari. Ikan fresh2 boleh pilih nak yang besar ke kecil. Kami order ikan bakar, ikan 3 rasa, kerang bakar, kailan. Puas hatilah semua dapat makan.

Ini gambar mak, abah & cucu sulungnya hehe..

Ambik gambar sket sebelum makan :)


Makanan dh terhidang untuk dimakan tp ikan bakar tak da lagi tu..

Makan-makan....

Lepas habis makan je kami terus jalan-jalan kat night market tu. Perut kenyang baru syok sket nak jalan, btul tak hehe. Macam-macam yang di jual kat pasar malam tu, ada yang jual beg (macam-macam brand ada,sebut saja nakbrand apa), baju, cenderahati, seluar, cd lagu & dvd pun ada tau (murah-murah lagi hehe). Adala jugak barang yang kami beli. Dalam pukul 10 camtu kami pun bertolak balik. Memang seronok :)


Bubye for now :)
Related Posts with Thumbnails