Showing posts with label My Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label My Pregnancy. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Mengesan Jantina Bayi Tanpa Ujian Ultrasound??

Hmm hari ni just nak share info tentang pregnancy dengan semua..


Dalam dunia perubatan, ujian ultrasound digunakan untuk mengesan jantina bayi yang dikandung ibunya.
Walaupun begitu cara-cara tradisional atau naluri seoranng ibu telah banyak terbukti tepat biarpun sekadar meneka buah hati yang dikandungnya.
Hasilnya memang tidak dijamin 100 peratus, tetapi ramai wanita hamil yang telah membuktikannya selama beratus-ratus tahun. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meneka jenis kelamin tersebut adalah:


1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.


2. Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.


3. Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.


4. Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.


5. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.


Memang belum ada bukti ilmiahnya, tapi dari pengalaman perempuan-perempuan hamil ciri-ciri tersebut terjadi ketika mereka mengandung anak lelaki atau perempuan.



Bubye for now :)

Saturday, October 2, 2010

Alhamdulillah...Akhirnya!!!

17 Sept 2010 menjadi hari yang amat bermakna bagi aku. Aku bangun 5.30 pagi macam biasa nak gi kerja tp sebelum tu aku ada buat 1 special test iaitu pregnancy test. Tergamam aku seketika bila aku nampak 2 line kt pregnancy kit tu. Itu bemakna aku POSITIF PREGNANT. Apalagi trus aku kejut mr hubby beritahu good news ni. Syukur Alhamdulillah..Allah dh makbulkan doa kami :)..Jadi untuk confirmation, lepas kerja trus kami gi klinik untuk check. Mmg aku pregnant. Time tu my pregnancy dh masuk 7 minggu. Kenapala aku xperasan lansung hehe.
Tak banyak tanda-tanda yang aku alami, aku tak muntah, tak pening cuma penat sket tapi aku tak perasan sangat sebab masa tu aku beraya sakan dari pagi sampai malam hehe. Maunya tak penat. Badan terasa panas, tp aku ingatkan sebab aku penat sangat. Cuma ada 1 ja tanda yang paling ketara ialah aku lewat peod hampir 2 minggu. Sebab tu la aku buat test dan akhirnya berjaya hehe. Hadiah untuk my lovely hubby :)
Sekarang ni kandungan aku dh mencecah 23 minggu (5 bulan). Dh masuk 2nd trimester dh. Cepat ja masa berlalu. Badan pun dh tak sexy macam muda-muda dulu..hakhakhak..Tapi apa yang penting sekarang, kandungan aku sihat dan selamat, kan. Badan boleh "di adjust" lagi lepas bersalin nanti..insyaallah hehe.

Ini adalah bukti aku postif pregnant..yahooo berjaya :p


My pregnancy yang baru masuk 3 bulan. Jalan-jalan dengan husband.


Ni pulak gambar time aku pregnant 4 bulan.


Nanti kalau ada latest pic, aku upload lagi lah ye..


Bubye for now :)
Related Posts with Thumbnails