Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Jalan-Jalan & Cari Makan di Batu Feringgi

Assalamualaikum...hi semua..Lama betul aku tak layan blog ni. Bz apa ntahla hehe. Bersawang dh pun blog ni. Hmmm apa-apa pun aku nak ucapkan Happy New Year dulu la pada semua. Semoga tahun ni akan lebih gumbira hehehe.
Aku nak story apa hari ini ye..ha ada 1. Minggu lepas, hari Khamis 30 Dis 2010, aku & Mr hubby ku balik kampungku (yahoo dapat blik kampung hehe). Kami bertolak balik selepas subuh (tp plannya nak balik malam Rabu tu, lupa plak ada game bola Mal - Indon malam tu, jd kena posponed la ke pg Khamis plak). Tak kisahlah, asalkan boleh balik, kan. Kami sampai Penang dalam pukul 11 camtu la, sempatla singgah Bukit Gantang beli buah jambu hehe. Sampai umah ja, aku & hubby berehat kejap sementara menunggu aktiviti untuk malam tu. Kami plan nak gi Batu Feringgi Night Market.
So dalam kul 6 ptg cmtu, kami bertolak ke Batu Feringgi. Aku bawa mak, abah, adik & anak buah aku pun ikut skali. Sampai sana ja kami terus cari kedai makan. Biasala, dh time makan, perut pun dh lapo hehe. Dh nama Batu Feringgi, kedai ikan bakar la kami cari. Ikan fresh2 boleh pilih nak yang besar ke kecil. Kami order ikan bakar, ikan 3 rasa, kerang bakar, kailan. Puas hatilah semua dapat makan.

Ini gambar mak, abah & cucu sulungnya hehe..

Ambik gambar sket sebelum makan :)


Makanan dh terhidang untuk dimakan tp ikan bakar tak da lagi tu..

Makan-makan....

Lepas habis makan je kami terus jalan-jalan kat night market tu. Perut kenyang baru syok sket nak jalan, btul tak hehe. Macam-macam yang di jual kat pasar malam tu, ada yang jual beg (macam-macam brand ada,sebut saja nakbrand apa), baju, cenderahati, seluar, cd lagu & dvd pun ada tau (murah-murah lagi hehe). Adala jugak barang yang kami beli. Dalam pukul 10 camtu kami pun bertolak balik. Memang seronok :)


Bubye for now :)

Thursday, September 23, 2010

Raya Aidilfitri 2010 (Penang & Johor)

Aduh dh hampir nak bersawang aku punya blog ni. Macam lama ja tak update apa-apa. Raya sakan kot ni hehe. Ha sebelum nak start story pasal raya ni, aku nak ambil kesempatan ini menyusun 10 jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah laku pada semua. Diharap raya kali ini lebih bermakna :)..
Ok back to my story...raya kali ini aku balik beraya di kampung halaman ku...hehe best. Mak buat macam-macam, ketupat pulut @ ketupat palas, rendang daging, ketupat nasi (adabi punya hehe), kuah kacang, laksa. Kenyang betul aku makan hehe. Ni suma gambar my family time raya aritu.

Tp aku beraya kejap ja kt umah, raya ke-2 aku & mr hubby dh bertolak balik untuk beraya di umah keluarga mertua ku. Huh perjalanan yang memenatkan dari utara ke selatan. Tak pernah aku rasa penat camni, tapi ini pengalaman baru bagi aku. Sampai sana ja, tanpa berlengah, kami terus beraya di rumah sedara mara yang ada. Sepanjang di sana, kami bukan beraya ja, sempat lagi pergi jalan-jalan di Danga Bay. Layan je la gambar-gambar
Bubye for now :)


Saturday, August 14, 2010

Konvo Trip - Part 2

Isnin lepas, aku & hubby bertolak ke Polimas untuk menghadiri konvo adik ipar aku. Aku pun pernah study kat sana juga. Skarang ni dh 7 tahun aku tinggalkan Polimas ni (tetiba teringat kawan-kawan serumah dulu).

Dh banyak perubahan dah kat Polimas ni. Dulu dewan ni guna kerusi kayu, meja pun meja kayu, tengok skarang, kerusi empuk, lagi syokla nak tido. Tapi dulu meja kayu, senang nak tulis toyol haha..

Library ni pun dh berubah, cantik je kat dalam tu hehe.

Tp tak semua pun yang berubah, ada juga yang sama je macam dulu.

Wah siap flash back lagi hehe. Ok dah-dah..Berbalik pada konvo ni..macam biasala dh konvo, mesti ada pesta konvo kan. Macam barang juga yang dijual oleh student & orang luar. Layanlah gambar-gambar sekitar hari konvo ni :)



Tempat: Polimas, Jitra Kedah.

Tarikh: 9 Ogos 2010

Bubye for now :)

Thursday, August 12, 2010

Konvo Trip - Part 1

Hujung minggu lepas, aku & hubby berkesempatan balik kampung di Penang. Seronok tak terkira la dapat balik kampung ni hehe. Lepas balik keja Jumaat tu, kami packing barang trus balik kampung. Kami bertolak dari umah pukul 10 malam & sampai Penang dalam pukul 2 lebih camtu la. First time balik ke Penang tak tido, kalau tak, asal ngantok ja mesti terlentok tido. Yela kali ni balik kami balik berdua ja. Tak nak bagi hubby ngantok time drive tu, macam-macam cite yang keluar hehe. Sebenarnya aku balik ni pun ada hal lain jugak. Aku nak menghadiri majlis konvokesyen adik ipar (adik husband ku) di Kedah. "Sambil menyelam sambil minum air" la ni hehe. Family mertuaku pun datang jugak. Yela, nak celebrate hari yang gumbira bersama-sama. Tapi diorang stay kat Kedah. Hari sebelum konvo tu kami berpakat & plan untuk pergi jalan-jalan kat area Kedah ni. Alang-alang dh datang dari jauh ni, apa lagi jalan-jalan cari makan la hehe. Bincang punya bincang, kami sepakat pergi ke TANJUNG DAWAI..
Pernah tak dengar lagu ni..

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Lagu rock kapak dolu-dolu ni..Cinta Pantai Merdeka dari Kumpulan Tropika..
Dengar ja lagu tapi baru kali ni nak menjejakkan kaki ke sana. Layan la gambar-gambar di Tanjung Dawai ni..





Dekat dengan jeti die tu ada orang memancing tapi tengoklah apa yang diorang dapat...

Zoom dekat sket...

TAPAK SULAIMAN...banyak giler..orang kat situ cakap time air surut memang banyak bende tu. Geli lah tengok kaki die..
Bila aku sampai sana baru aku tahu yang Tanjung Dawai & Pantai Merdeka ni tempat yang berlainan. Siap kena naik bot lagi untuk ke Pantai Merdeka ni. Tapi takla jauh sangat nk ke Pantai Merdeka tu. Sila-sila layan gambar Pantai Merdeka ni..



Dh lepas gi jalan-jalan kat Pantai Merdeka tu, apa lagi, cari makan lah hehe. Nasib baik ada kedai jual mee udang (sebenarnya mama dari mula datang tadi memang nak cari mee udang), tu pun tinggal last-last ja. Sedap mee udang die, udang segar lagi hehe. Dah makan sikit baru teringat nak ambil gambar hehe.


Abis makan kami trus balik sebab time tu pun dh senja. Dapat juga la tengok sunset die yang cantik tu..Huh panjang btul aku story arini. Ini baru Part 1, nanti Part 2 i sambung lagi ye :)

Tempat: Tanjung Dawai & Pantai Merdeka

Tarikh: 8 Ogos 2010

Bubye for now :)

Sunday, August 1, 2010

Makan Time..Kenny Rogers Roaster

Hari Sabtu lepas 31/7/2010, aku, hubby & family mertua ku keluar makan-makan. Sebelum tu, sepetang jugak lah memilih tempat makan. Last-last my hubby pilih Kenny Rogers Roaster di Jusco Bukit Tinggi, Klang. Semua dh setuju, then kami pun set jumpa family kat sana dalam 6.30 ptg camtu..Hehehe ini lah masanya...MAKAN TIME...nyum nyum...pilih-pilih apa nak makan hehe..


Hmmm apa nak makan ek, pilih punya pilih, aku rasa macam nk try menu ni lah, Jacket potato meal with cheesy chiken..Camni la rupa jacket potato nya..Sedap la jugak terutama cheess dia tu hehe..


My hubby plak pilih Kenny's chiken meal-black pepper (quarter meal), itu ja yang mampu dihabiskan hehe. Boleh pilih 3 side dishes & dapat 1 muffin...nyum nyum..



Dh selesai makan, mama (panggilan untuk ibu mertua ku hehe) order plak pencuci mulut yang memang yummy lah.. Nama dessertnya muffin submarine & fruit jelly delight. Dua-dua pun ada aiskrim, sebab tu la sedap hehe.. Sempat ambil gambar muffin submarine ja, fruit jelly tak sempat nk ambil gambar, kami dh abiskan hehe...

Cerita punya cerita ni, sebenarnya siapa yang belanja ni??Actually thanks to mama sebab belanja kami semua hehe. Lepas abis ja makan ingatkan nak balik umah terus, tiba-tiba hubby keluarkan idea yang agak best jugak..Hmmm apa dia ek??Nanti next post I sambung story lagi ye :)

Bubye for now...

Related Posts with Thumbnails