Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Pejam celik pejam celik dh nak masuk bulan puasa kan. Rasa macam baru je sambut raya tahun lepas. Macam baru je shopping raya, dh nk kena shopping lagi (lari sudah hubby i bila cakap camtu hehe). Tahun ni adalah tahun ke-2 aku n hubby berpuasa bersama. Kalau sebelum kahwin dulu, mak yang uruskan semua, berbuka mak masak, sahur mak masak. Aku duduk dan makan sahaja hehe (tp tolong jugak tau sket-sket). Yang bestnya, sahur pun mak kena kejutkan hehe. Kalau tak bangun jugak, memang kena jerit lah ngan mak. Ai kenangan-kenangan. Sekarang aku pulak yang kena kejutkan hubby bangun sahur, plan nak masak apa untuk sahur dan berbuka hehe. Apa-apa pun aku harap puasa kali ini akan lebih bermakna dan diberkati oleh-Nya..Amin.. Untuk kawan-kawan, saudara mara dan semua umat Islam diucapkan SALAM RAMADHAN.



Bubye for now :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails