Sunday, August 22, 2010

Lampu Lip Lap & Jalur Gemilang..

Hari ini aku & mr hubby ada mission penting..Mission ni kami dh plan berminggu-minggu yang lepas, baru hari ni boleh buat. Apakah mission itu???Pasang lampu lip lap dan pasang bendera Malaysia aka Jalur Gemilang hehe. Bukan ape, ini semua untuk sambut Ramadhan, merdeka dan raya yang akan menjelang nanti. Hehe 3 dalam 1 la ni. Lagipun saja nak memeriahkan keadaan.


Hubby tengah berusaha untuk memasang lampu lip lap...Go hubby go hehe..

Lepas habis pasang lampu lip lap, hubby pasang bendera plak. Hubby ikat kayu bendera tu pada tiang supaya bendera tu berkibar dengan bergayanya hehe.

Ni umah-umah jiran kami yang dah pasang jalur gemilang.

Mission selepas ini.......LAGU RAYA hehehe...



Bubye for now :)

Friday, August 20, 2010

Berbuka Puasa di Bora Asmara..

Hari Selasa lepas aku, hubby & family mertua berbuka puasa di luar, atas jemputan kawan ibu mertua ku. Kami dijemput berbuka di Bora Asmara (wah sedap betul nama die hehe). Adakah makanannya sesedap namanya??Jap lagi aku story...Restoran ni berdekatan dengan Kampung Penchala, KL. Kami bertolah dari UM, so tak jauhla sangat. Konsep restoran ni ala-ala Bali sket. Deko restoran ni memang cantik, luar dalam lah cantik.

Aku sampai on time dengan waktu berbuka. Bolehla sampai-sampai terus makan hehe. Sampai je trus aku cari nasi, biasala perut melayu hehe. Ha lupe plak, makanan kt sini disediakan secara bufet. Biasala bulan puasa, bufet ramadhan la. Makanla sebanyak mana yang larat hehe. Aku makan nasi dengan tomyam, daging goreng & siput lala. Itu baru permulaan hehe. Makanan die bagi aku memang sedap. Macam-macam lagi lah ada, daging bakar, bubur, laksa, mee goreng, kueh-mueh, buah. Kebanyakannya sedap-sedap belaka. Kembung perut aku makan.

Time makan pencuci mulut tu ada lah band datang nyanyi, diorang nyanyi betul-betul depan meja kami. Adalah 2-3 lagu diorang goreng hehe. Lepas nyanyi kat situ diorang pegi meja lain plak untuk nyanyi.

Lepas abis makan semua, kami pun bertolak balik. Enjoy buka puasa ni dengan makanan yang sedap hehe.


Tarikh: 17 Ogos 2010

Tempat: Bora Asmara, Kampung Penchala, KL



Bubye for now :)

Wednesday, August 18, 2010

Berita Tergempar!!!

Semalam aku dikejutkan dengan satu berita sedih dari kawan aku dari Terengganu. Salah seorang dari ahli keluarganya telah pergi untuk selama-lamanya dalam satu kemalangan yang berlaku hari sebelumnya. Sedih aku dengar die bercerita pasal kejadian tu, family die. Aku pun sedih juga sebab aku kenal family die. Apa yang aku harap semoga die kuat menempuh dugaan ini. Yana aku tahu kau mampu menghadapinya. Al - Fatihah buat arwah, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.



Bubye for now...

Saturday, August 14, 2010

Konvo Trip - Part 2

Isnin lepas, aku & hubby bertolak ke Polimas untuk menghadiri konvo adik ipar aku. Aku pun pernah study kat sana juga. Skarang ni dh 7 tahun aku tinggalkan Polimas ni (tetiba teringat kawan-kawan serumah dulu).

Dh banyak perubahan dah kat Polimas ni. Dulu dewan ni guna kerusi kayu, meja pun meja kayu, tengok skarang, kerusi empuk, lagi syokla nak tido. Tapi dulu meja kayu, senang nak tulis toyol haha..

Library ni pun dh berubah, cantik je kat dalam tu hehe.

Tp tak semua pun yang berubah, ada juga yang sama je macam dulu.

Wah siap flash back lagi hehe. Ok dah-dah..Berbalik pada konvo ni..macam biasala dh konvo, mesti ada pesta konvo kan. Macam barang juga yang dijual oleh student & orang luar. Layanlah gambar-gambar sekitar hari konvo ni :)



Tempat: Polimas, Jitra Kedah.

Tarikh: 9 Ogos 2010

Bubye for now :)

Thursday, August 12, 2010

Konvo Trip - Part 1

Hujung minggu lepas, aku & hubby berkesempatan balik kampung di Penang. Seronok tak terkira la dapat balik kampung ni hehe. Lepas balik keja Jumaat tu, kami packing barang trus balik kampung. Kami bertolak dari umah pukul 10 malam & sampai Penang dalam pukul 2 lebih camtu la. First time balik ke Penang tak tido, kalau tak, asal ngantok ja mesti terlentok tido. Yela kali ni balik kami balik berdua ja. Tak nak bagi hubby ngantok time drive tu, macam-macam cite yang keluar hehe. Sebenarnya aku balik ni pun ada hal lain jugak. Aku nak menghadiri majlis konvokesyen adik ipar (adik husband ku) di Kedah. "Sambil menyelam sambil minum air" la ni hehe. Family mertuaku pun datang jugak. Yela, nak celebrate hari yang gumbira bersama-sama. Tapi diorang stay kat Kedah. Hari sebelum konvo tu kami berpakat & plan untuk pergi jalan-jalan kat area Kedah ni. Alang-alang dh datang dari jauh ni, apa lagi jalan-jalan cari makan la hehe. Bincang punya bincang, kami sepakat pergi ke TANJUNG DAWAI..
Pernah tak dengar lagu ni..

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Lagu rock kapak dolu-dolu ni..Cinta Pantai Merdeka dari Kumpulan Tropika..
Dengar ja lagu tapi baru kali ni nak menjejakkan kaki ke sana. Layan la gambar-gambar di Tanjung Dawai ni..





Dekat dengan jeti die tu ada orang memancing tapi tengoklah apa yang diorang dapat...

Zoom dekat sket...

TAPAK SULAIMAN...banyak giler..orang kat situ cakap time air surut memang banyak bende tu. Geli lah tengok kaki die..
Bila aku sampai sana baru aku tahu yang Tanjung Dawai & Pantai Merdeka ni tempat yang berlainan. Siap kena naik bot lagi untuk ke Pantai Merdeka ni. Tapi takla jauh sangat nk ke Pantai Merdeka tu. Sila-sila layan gambar Pantai Merdeka ni..



Dh lepas gi jalan-jalan kat Pantai Merdeka tu, apa lagi, cari makan lah hehe. Nasib baik ada kedai jual mee udang (sebenarnya mama dari mula datang tadi memang nak cari mee udang), tu pun tinggal last-last ja. Sedap mee udang die, udang segar lagi hehe. Dah makan sikit baru teringat nak ambil gambar hehe.


Abis makan kami trus balik sebab time tu pun dh senja. Dapat juga la tengok sunset die yang cantik tu..Huh panjang btul aku story arini. Ini baru Part 1, nanti Part 2 i sambung lagi ye :)

Tempat: Tanjung Dawai & Pantai Merdeka

Tarikh: 8 Ogos 2010

Bubye for now :)

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Pejam celik pejam celik dh nak masuk bulan puasa kan. Rasa macam baru je sambut raya tahun lepas. Macam baru je shopping raya, dh nk kena shopping lagi (lari sudah hubby i bila cakap camtu hehe). Tahun ni adalah tahun ke-2 aku n hubby berpuasa bersama. Kalau sebelum kahwin dulu, mak yang uruskan semua, berbuka mak masak, sahur mak masak. Aku duduk dan makan sahaja hehe (tp tolong jugak tau sket-sket). Yang bestnya, sahur pun mak kena kejutkan hehe. Kalau tak bangun jugak, memang kena jerit lah ngan mak. Ai kenangan-kenangan. Sekarang aku pulak yang kena kejutkan hubby bangun sahur, plan nak masak apa untuk sahur dan berbuka hehe. Apa-apa pun aku harap puasa kali ini akan lebih bermakna dan diberkati oleh-Nya..Amin.. Untuk kawan-kawan, saudara mara dan semua umat Islam diucapkan SALAM RAMADHAN.



Bubye for now :)

Friday, August 6, 2010

Senyum :)

Tadi aku buat kerja sambil ber message dengan boyfriend aku..Em boyfriend? Status aku,married..Hehe boyfriend aku tu aka my lovely husband la. Beberapa minggu ni aku ada sikit problem dengan kerja aku. Hubby la tempat aku mengadu (dh jadi macam tempat aduan rakyat dh hehe)..Pastu tadi aku terima email dari hubby aku yang membuatkan aku tersenyum dan berfikir..




Thanks to my hubby yang selalu beri semangat dan sentiasa ada di samping isterimu yang banyak kerenah ini hehe :)

Bubye for now..

Monday, August 2, 2010

Mari Nonton TV Besar!!!

Ha sambung blik story aritu..Lepas makan tu, hubby ajak aku tengok wayang. Gumbira hatiku, yela plan dari awal bulan 7 aritu nk tengok wayang. Cite yang memang ditunggu-tunggu sejak berbulan-bulan yang lepas (ha sampai camtu skali hehe)..Disebabkan dua-dua pun bz, minggu ni baru dapat tengok..Ni la cite yang tengok sangat ni...THE TWILIGHT SAGA:ECLIPSE..





Thumbs up la untuk movie ni...best giler hehe..Ini adalah movie yang ketiga selepas Twilight dan The Twilight Saga:New Moon. Movie ni berkisar tentang kisah cinta antara manusia, vampire dan serigala jadian. Macam-macam makhluk ada dalam ini cerita. Sebab tu la best hehe. Next trilogy adalah The Twilight Saga:Breaking Dawn..Can't wait to see this movie :)..Tp kena tunggu tahun depan. Kepada rakyat jelata yang belum tengok lg ini movie, pergi la menonton. Sure tak rugi.

Bubye for now :)

Sunday, August 1, 2010

Makan Time..Kenny Rogers Roaster

Hari Sabtu lepas 31/7/2010, aku, hubby & family mertua ku keluar makan-makan. Sebelum tu, sepetang jugak lah memilih tempat makan. Last-last my hubby pilih Kenny Rogers Roaster di Jusco Bukit Tinggi, Klang. Semua dh setuju, then kami pun set jumpa family kat sana dalam 6.30 ptg camtu..Hehehe ini lah masanya...MAKAN TIME...nyum nyum...pilih-pilih apa nak makan hehe..


Hmmm apa nak makan ek, pilih punya pilih, aku rasa macam nk try menu ni lah, Jacket potato meal with cheesy chiken..Camni la rupa jacket potato nya..Sedap la jugak terutama cheess dia tu hehe..


My hubby plak pilih Kenny's chiken meal-black pepper (quarter meal), itu ja yang mampu dihabiskan hehe. Boleh pilih 3 side dishes & dapat 1 muffin...nyum nyum..



Dh selesai makan, mama (panggilan untuk ibu mertua ku hehe) order plak pencuci mulut yang memang yummy lah.. Nama dessertnya muffin submarine & fruit jelly delight. Dua-dua pun ada aiskrim, sebab tu la sedap hehe.. Sempat ambil gambar muffin submarine ja, fruit jelly tak sempat nk ambil gambar, kami dh abiskan hehe...

Cerita punya cerita ni, sebenarnya siapa yang belanja ni??Actually thanks to mama sebab belanja kami semua hehe. Lepas abis ja makan ingatkan nak balik umah terus, tiba-tiba hubby keluarkan idea yang agak best jugak..Hmmm apa dia ek??Nanti next post I sambung story lagi ye :)

Bubye for now...

Related Posts with Thumbnails