Thursday, August 12, 2010

Konvo Trip - Part 1

Hujung minggu lepas, aku & hubby berkesempatan balik kampung di Penang. Seronok tak terkira la dapat balik kampung ni hehe. Lepas balik keja Jumaat tu, kami packing barang trus balik kampung. Kami bertolak dari umah pukul 10 malam & sampai Penang dalam pukul 2 lebih camtu la. First time balik ke Penang tak tido, kalau tak, asal ngantok ja mesti terlentok tido. Yela kali ni balik kami balik berdua ja. Tak nak bagi hubby ngantok time drive tu, macam-macam cite yang keluar hehe. Sebenarnya aku balik ni pun ada hal lain jugak. Aku nak menghadiri majlis konvokesyen adik ipar (adik husband ku) di Kedah. "Sambil menyelam sambil minum air" la ni hehe. Family mertuaku pun datang jugak. Yela, nak celebrate hari yang gumbira bersama-sama. Tapi diorang stay kat Kedah. Hari sebelum konvo tu kami berpakat & plan untuk pergi jalan-jalan kat area Kedah ni. Alang-alang dh datang dari jauh ni, apa lagi jalan-jalan cari makan la hehe. Bincang punya bincang, kami sepakat pergi ke TANJUNG DAWAI..
Pernah tak dengar lagu ni..

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Lagu rock kapak dolu-dolu ni..Cinta Pantai Merdeka dari Kumpulan Tropika..
Dengar ja lagu tapi baru kali ni nak menjejakkan kaki ke sana. Layan la gambar-gambar di Tanjung Dawai ni..





Dekat dengan jeti die tu ada orang memancing tapi tengoklah apa yang diorang dapat...

Zoom dekat sket...

TAPAK SULAIMAN...banyak giler..orang kat situ cakap time air surut memang banyak bende tu. Geli lah tengok kaki die..
Bila aku sampai sana baru aku tahu yang Tanjung Dawai & Pantai Merdeka ni tempat yang berlainan. Siap kena naik bot lagi untuk ke Pantai Merdeka ni. Tapi takla jauh sangat nk ke Pantai Merdeka tu. Sila-sila layan gambar Pantai Merdeka ni..



Dh lepas gi jalan-jalan kat Pantai Merdeka tu, apa lagi, cari makan lah hehe. Nasib baik ada kedai jual mee udang (sebenarnya mama dari mula datang tadi memang nak cari mee udang), tu pun tinggal last-last ja. Sedap mee udang die, udang segar lagi hehe. Dah makan sikit baru teringat nak ambil gambar hehe.


Abis makan kami trus balik sebab time tu pun dh senja. Dapat juga la tengok sunset die yang cantik tu..Huh panjang btul aku story arini. Ini baru Part 1, nanti Part 2 i sambung lagi ye :)

Tempat: Tanjung Dawai & Pantai Merdeka

Tarikh: 8 Ogos 2010

Bubye for now :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails